Pemikir Amatur?

Semua orang berfikir, saban saat, saban waktu, dalam tidur dalam jaga. Kenapa tidak? Pemikir suka melayan pemikiran sendiri. Kenapa amatur? Kerana bukanlah diri ini cendekiawan, ilmuwan atau pun sasterawan. Namun begitu, ada sesetengah perkara, janganlah difikirkan sangat...

Kronologi dan tips: Senang ke jadi surirumah?

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah rasa cukup atau rasa puas dengan apa yang kita ada. Sentiasa ada saja perkara berlawanan atau perkara yang tak pernah kita buat dan kita rasa nak buat. Tapi kali ni saya nak bertanya pada diri saya sendiri dan pembaca lain. Sebagai wanita yang bekerja, waktu cuti sangat ditunggu-tunggu. Pelbagai perkara ingin dilakukan bergantung kepada kehendak masing-masing. Ada yang nak berehat, makan angin, berjalan Cuti-cuti Malaysia, ada yang nak tidur sepanjang hari (percaya tak?) tak kurang juga ada yang nak melayan suami dan anak-anak dengan layanan yang sangat istimewa. Soalannya, senang ke menjadi surirumah? Mari kita selami aktiviti seorang surirumah yang tiada orang gaji  ni sepanjang hari.
  • 6.00 pg - Bangun tidur, sembahyang subuh, gosokkan baju suami. Sambil tu kena fikir apa yang nak dimasak untuk sarapan. Ada ke bahan2 yang nak dimasak? Kuantitinya cukup ke untuk berdua?bertiga?berempat? Selalunya, surirumah dah fikir menu ni sebelum tidur malam lagi. Sebab takut bangun pagi nanti mamai atau terlewat, nanti tak sempat berfikir dengan jelas pulak. Kalau bangun lewat... nasib la my hubby yer... layanlah diri sendiri...
  • 7.00 pg - Buat sarapan pagi. Sambil tu basuh pinggan mangkuk cawan yang dalam sinki, atas meja kopi dan atas meja makan yang ditinggalkan seisi rumah malam semalam. Bonus, kalau ada anak kecil, carilah seberapa banyak botol susu yang digunakan malam tadi (kena basuh, rebus, keringkan).
  • 7.45 pg - Layan suami sarapan, sembang2 sikit. Kalau anak2 dah bangun boleh join sekali. Kalau ada bayi, makan sambil mendukung. Silap hari bulan kalau diapers dah penuh, kena layan bayi dulu... sorry hubby. Kadang2 suami pegi kerja pun tak sempat nak hantar ke muka pintu.
  • 8.00 pg - kemas semula meja makan sarapan tadi. Kena basuh semula pinggan mangkuk. Mulalah mulut membebel suruh anak mandi. Pagi2 lagi 'temperature' dah naik... Mungkin kena carikan baju untuk mereka pakai. Kumpul semua kain kotor dan basuh. Diri sendiri mandi bila? kalau bangun pagi2 tak mandi, maka sampai tengahari nak zuhur nantilah baru si emak ni mandi. So, nasihatku, mandilah awal pagi selepas bangun.
  • 9.00 pg - Letak je baju2 kotor dalam mesin basuh dan on.... Kemudian, sapu lantai, mop lantai, vakum lantai, lap habuk... aktiviti ni mungkin tak dibuat setiap hari. Paling rajin mop lantai 3 hari sekali. Tapi untuk orang bekerja sebelumnya, berapa kali sangat dapat buat perkara2 tersebut semasa hari bekerja? Paling rajin pun seminggu sekali. Gambar2, perhiasan, pasu2 bunga semua dah berabuk dah masa tu... rajin atau tak, kena buat jugaklah kan. kalau hujung minggu balik kampung, lagi lamalah lantai tak bersapu dan bermop. Ingat sekejap ke aktiviti ni semua? Tengoklah saiz rumah anda.... dan berapa banyak bilik rumah anda ada... Sambil2 tu dah fikir tengah hari nak masak menu apa... bingung lagi...
  • 10.00 pg - Rehat kejaplah kan... takkan tak penat surirumah ni?... kalau sapu dan vakum lantai mesti penat berpeluh2... tak tau berapa kalori habis ni...! Ada yang rajin boleh naik threadmill... layan jogging setengah jam lagi... fuh... lepas tu perut dah lapar balik.... hmm... layan minum pagilah... maknanya pingan, mangkuk kotor bertambah lagi... Eh! macam dah habis basuh baju tadi kan... pergilah sidai...
  • 11.30 pg - dah mula dah ke dapur... kalau selalu masak, memang dah cekap lah kan... kalau jarang-jarang masak macam aku ni, agak2 terkial-kial juga. Bila nak masak istimewa sikit, mulalah buka buku resipi... Masalah akan lebih meruncing kalau bahan masakan tidak cukup... kenalah pegi ke pasar...  kalau dah ke pasar maknanya lambatlah masak makan tengah hari kan... Untuk yang tinggal di kawasan kampung, senang juga nak ke kedai runcit beli barang tambahan. tetapi mereka yang berada di bandar... tak semestinya ada kedai runcit dekat kawasan perumahan mereka (termasuklah rumah aku ni)... pasar basah berada di tengah bandar, nak parking jer dah ambil banyak masa (siap kena bayar lg... kalau tak dapatlah 'tiket').. kalau pegi hypermarket... banyak pulaklah benda lain yang kurang penting dibeli juga... siap beli tudung, brooch dan entah apa2 kosmetik lagi...
  • 12.30 pm - Baru nak mula masak. Belum siap masak suami dah balik. Waktu rehat tengah hari kan... Tunggu kejap ye bang... layan anak jap... jap lagi siap masak. Agak2 dah siap masak barulah dapat makan tengah hari... Pinggan, mangkuk, cawan kotor lagi... masuk dalam sinki... tak kan nak suruh mr hubby basuh kan? tapi ramai jugak suami yang dah suka nak tolong basuh pinggan sekarang ni... untunglah si isteri yang dapat suami sebegitu...
  • 2.00 pm - suami pergi kerja semula... surirumah mula kemas semula meja makan, lap atas dan bawah meja... basuh pinggan... sembahyang zuhur... lepas ni nak buat apa yek... mungkin kain baju yang disidai pagi tadi belum kering.. tapi kain baju kering semalam dah lipat?... Ha... maka dibawalah semua kain baju tu di depan tv dan dilipat... surirumah moden ni kena layan jugak facebook, twitter, email, blog, website...games...etc... biasanya kalau layan internet, tak kurang 1 jam kan? tiba2 je dah azan asar... pegilah sembahyang asar terus... tak baik lewatkan solat...
  • 5.00 pm - Suami balik keja (kalau dia punctual balik)... biasanya suamiku balik lewat 1/2 jam atau 1 jam... Balik je nanti mesti dia lapar kan... mula tengok2 dapur... nak buat minum petang ke nak makan malam terus? kalau buat minum petang nanti malam sangat pulak makan malam nanti... tak apelah... goreng2 keropok, kerepek, cekodok, pisang goreng dsbnya...  kalau ada anak2 yang sedang membesar, lagilah kena layan kuat makannya tu... panaskan jugak lauk tengah hari tadi... kalau boleh sebelum maghrib dah makan malam... kalau lauk tengah hari da habis... kena masak yang baru.... pinggan mangkuk kotor lagi...
  • 6.30 pm - Ini waktu yang paling aku suka untuk makan malam... sebab waktu tidur ada 4-5 jam lagi.. Siap2 kan meja makan, hidang dan makan.... pinggan mangkuk kotor lagi....  habis makan dah dekat waktu maghrib... basuh pinggan cepat2... anak2 dah mandi ke belum... maka membebel lagilah kan... salah aku juga tak suruh mandi awal sikit tadi...
  • 7.15 pm - Sembahyang maghrib, waktu ni paling kerap orang sembahyang jemaah... berjemaahlah dengan suami dan anak2... lepas tu ajar anak mengaji... Selalu isteri yang kena ajar.. betul ke? betul... sebab mr hubby selalu outstation... 
  • 8.00 pm - Mesti kena tengok berita, perkembangan terbaru kena tahu juga... masa ni sebenarnya mata dah ala ala ngantuk sebenarnya... tapi lawan... habis jer berita, hantar anak2 pegi tidur... saya selalu paksa anak tidur awal... kalau dapat tidur lewat pun pukul 10 malam... tu pun masa cuti sekolah jer... dan kadang2.. tak selalu... huh... seronoknya kalau anak2 dah tidur... rasa ringan kepala, tak perlu menjawab banyak soalan2 mereka, bergaduh, berebut mainan, gula2 dsbnya... tapi sebelum nak melepak tu, cubalah tengok segala mainan yang bersepah-sepah tu... kusyen pun boleh berterabur... jadi sebelum nak melapangkan kepala, kena melapangkan dulu tempat nak duduk tu... kutiplah semua mainan yang bersepah-sepah tu... 
  • 10.00 pm - nak tidur dah ke?... layanlah tv dulu.. tgk movie, drama, reality show ke.... layanlah mr hubby pulak kan... silap hari bulan tidur pukul 12 atau lebih... sebelum tidur fikir lagi esok nak buat sarapan apa... dan seterusnya.....
Kronologi di atas bukanlah perkara wajib yang akan dilakukan oleh surirumah saban hari. Sentiasa ada sahaja perubahan dan halangan. Namun, itulah rutin yang biasanya dibuat oleh surirumah. Melalui satu hari sebagai suri rumah secara jujurnya, memang memenatkan... Terutama untuk golongan pertengahan yang tidak mempunyai orang gaji. Banyak perkara remeh temeh yang perlu diselesaikan. Kalau tak diselesaikan, kesannya lebih ketara pada masa akan datang. Sebagai wanita yang bekerja, sebenarnya tempat kerja adalah satu kawasan yang lebih bebas bergerak berbanding di rumah. Jumpa rakan-rakan, bersosial, bersembang perkara-perkara yang selaliran... dan melepaskan tekanan di rumah. namun, wanita bekerja juga surirumah.
Jadi, encik2 suami, berilah sedikit ehsan. Gembirakanlah hati isteri. Kalau isteri membebel, dengar ajelah. jangan tak dengar pulak. Bantulah sedikit sebanyak dengan kerja di rumah. Awak pun nak pakai baju bersih jugak kan? KALAU TAK PANDAI MENJAGA HATI, JANGANLAH MENYAKITKAN HATI...
Kalau nak diikutkan, siapalah aku nak memberi nasihat pun... cuma beberapa tips saja untuk mengurangkan rasa penat tersebut:-
  1. Kena pandai menyambil - maknanya, buat beberapa kerja serentak. Basuh kain sambil sapu rumah. Sambil masak, sambil basuh pinggan. nampak mudah kan? Tetapi memang ada orang yang tidak pandai menyambil. Seorang rakan tu tak boleh pun mengunyah chewing gum sambil berjalan.
  2. Beli belanja dapur seminggu sekali, jangan setiap hari. 
  3. Galakkan makan ulam-ulaman, boleh kurangkan menu masak sayur. 
  4. Tak payahlah masak banyak sangat lauk. 1 lauk dan 1 sayur pun dah cukup... nanti my hubby ada 1 'pek' jer...Ni dah kira kes sabotaj suami sendiri ni. Bagus juga untuk anak2... kita tak nak anak2 kita obes dari kecil lagi... Biasanya, air tangan mak ni memang berkhasiat... masak biasa2 pun dikata sedap jugak. Tip tambahan : selepas makan berat, sediakan air yang masam2 seperti juice atau lemonade.
  5. Cuba rehat sekejap sebelum tengah hari dan petang... take a short nap... boleh memulihkan tenaga. Takkan kita nak suami kita tengok muka serabut kita bila balik rumah. Nanti dia balik petang muka masam sebab menyampah tengok diri isteri tak terurus. Bila mr hubby tak seronok, kita pun tertekan. Bertambahlah kepenatan kita. Cari masa memanja dan mencantikkan diri di rumah. Kalau boleh janganlah berkain batik atau berkaftan  sepanjang hari.
  6. Ajar anak tolong kita sikit2... terutama yang anak masih kecil. umur 4 tahun keatas tu dah boleh ajar tolong kutip mainan sendiri.  kalau anak dah besar, kurang sikitlah beban kerja... boleh buat kerahan tenaga.
  7. Tetapkan masa bila untuk anak2 mandi setiap hari. Mula2 memang susah, tapi dah lama2 nanti dah jadi kebiasaan. Kuranglah masa kita membebelkan mereka. Kurang tekanan juga.
  8. Beri tugasan untuk anak2 supaya mereka tak mengacau kita sahaja. Contoh: Beri kertas lukisan dan pensil warna. Suruh mereka melukis. Berilah mereka buat aktiviti yang mereka minat. Paling mudah, suruh mereka tengok kartun, atau main video game, tapi janganlah sampai tak buat benda lain pulak.
  9. Perlu sentiasa ikhlaskan hati. Bila ikhlas, hati tenang, badan pun senang..